Monday, April 6, 2009

Makanan Organik Keli. Betul ke tak perlu bagi makan?

Kebelakangan ini, banyak sekali projek ternakan keli dijalankan samada secara konvesional iaitu kolam tanah atau pun secara kaedah terbaru iaitu kolam kanvas/kolam simen. Masing-masing mempunyai kebaikan yang tersendiri.

Saya juga mengusahakan kolam keli secara kaedah terkini iaitu kolam kanvas bersama bapa saudara . Pada mulanya kami menghadapai masalah kematian anak keli menjelang hari ke-8. Pelbagai cara yang kami lakukan bagi menyelesaikan masalah ini. Dan yang terbaru sekali ialah dengan menggunakan kaedah organik. Dengan kaedah ini nampaknya masalah ini semakin berkurangan dengan kadar yang agak drastik.

Pada posting yang lalu saya ada menyediakan cara-cara menyediakan kolam organik. (Sila rujuk pada posting yang lepas). Ini lah cara yang di war-warkan sebagai mana yang telah tersiar di Majalah 3 tidak berapa lama dahulu.

Pada pandangan dan pendapat peribadi saya, saya sungguh tidak bersetuju dengan kenyataan mengatakan yang anda hanya beri makan sekali sahaja dan kemudian tunggu hasil setelah tiga bulan. Di manakah logiknya? Untuk 1000 ekor benih keli bersamaan 2 kg makanan organik keli. Ada juga yang mengatakan 1000 benih keli bersamaan 5 kg makanan organik keli. Cukup makan ke? Seguni pelet Cargill bersamaan 20 kg. Berapa lama anda habiskan untuk keli yang bersaiz 10 ekor sekilo? Tentu tak lama kan?

Mungkin anda berfikiran seperti saya. Dan mungkin juga tidak. Kita mempunyai pendapat yang berbeza.

Itu dari segi logiknya. Walau pun begitu masih ada kebaikan yang kita dapat hasil dari penggunaan makanan organik keli ini. Berikut adalah beberapa perkara yang dapat saya lihat sepanjang menjalankan kolam organik.

a) Kolam organik lebih bersifat natural.
b) Tiada masalah air berbau. Airnya sangat sesuai dengan kehidupan ikan air tawar.
c) Tidak perlu tukar air. Hanya pantau isi padu air supaya bersesuaian denagn tumbesaran ikan.
d) Mengurang tenaga kerja.
e) Kadar kematian benih keli yang minimum.

Satu lagi tip yang kami dapat dari tempat pembiakan benih keli ialah kandungan air di dalam kolam mestilah banyak (mungkin ada kebenarannya). Ada juga berpendapat yang ikan akan lemas sebab tidak sempat sampai ke permukaan untuk mendapatkan oksigen. Kia perlu tahu juga yang tempat keli ialah air. Di situlah persekitaran kehidupannya. Ia akan berusaha untuk ke atas sebab dia ingin hidup.

Jika benih yang anda dapat itu sihat, mungkin kadar kematian adalah sangat kecil. Tetapi jika sebaliknya, kolam organik tidak dapat membantu sepenuhnya. Ia adalah salah satu faktor yang membantu kejayaan anda. Kadar kematian yang kurang bermakna anda akan dapat menuai hasil yang tinggi. Insya-Allah.

Masing-masing mempunyai pendapat dan cara berlainan. Jadi, sama-samalah kita berkongsi idea dan pendapat dalam memajukan industri perternakan ikan air tawar ini.

Monday, March 30, 2009

Sunday, March 15, 2009

Penyediaan Kolam Organik Keli


PENYEDIAAN KOLAM ORGANIK

TEKNIK MATIKAN KOLAM (kolam simen,canves,Politank dan Fiber)

1) Masukkan Pasir 3 inci (Pasir sungai/pasir buat rumah)
2) Penuhkan Air kedalam kolam (air paip/air sungai/ air hujan)
3) Masukkan Batang Pisang (potong 12 inci sebanyak 5 buah)
4) Masukkan Kulit Nanas 4 biji ( untuk kolam 10x10 kaki)
5) Masukkan Cuka makan ( 1 botol 1/2 untuk kolam 10X10)
6) Kemudian dibiarkan selama seminggu.
7) Selepas 7 hari keluarkan semua bahan yang dimasukkan kecuali tanah.



PENYEDIAAN KOLAM

1) Masukkan air 7 inci
2) Masukkan Makanan B1 mengikut kuantiti keli ( 2000 keli = 1 beg/5kg B1)
3 )Masukkan keladi bunting 1/2 dari permukaan air.
4) Masukkan pokok kangkong 1/4 dari permukaan air.
5) Biarkan Selama 3 hari.
6) Masukkan benih keli bersaiz 3 inci
7) Selepas 1 bulan tambah air kepada 12 inci (Sebab ikan sudah besar)
8) Tunggu hingga boleh jual (lebih kurang 3 bulan)* Tambahkan makanan sekali dlm sebulan untuk ternakan lintah.

NISBAH MAKANAN MENGIKUT TERNAKAN
Keli - 2000 ekor = 5 kg (1 Beg)Lintah - 1000 ekor = 2 kg

KEBAIKAN KAEDAH TERNAKAN KELI SECARA ORGANIK

1) Jimat kos,tenaga dan masa
2) Sudah mencukupi dengan hanya sekali memberi makanan organic B1untuk ternakan keli sehingga tuai hasil
3)Tidak perlu salin air tetapi tambah
4) Tidak perlu mesin Oxsigen
5) Menghasilkan keli yang bersih dan berkualiti
6) Menghasilkan keli yang halal
7) Air bersih dan tidak berbau
8) Tiada proses grading (kerana tumbesaran sekata)
9) Keuntungan yang tinggi
10) Mengurang penggunaan makanan yang mempunyai bahan kimia

Monday, March 9, 2009

Koleksi Gambar Terbaru (Mac 2009)



Banner tulisan tangan...mula dulu kat bawah je, dekat dengan rumah..malu lagi masa tu...setelah empat kali ubah nampaknya dah sampai tepi jalan...insya-Allah, ada rezeki nanti tukar yang baru...lebih cantik dan menarik





Gambar terkini kolam kami...





Makanan organik keli yang tengah top sekarang ni...ada jugak orang panggil B1...kami pun guna benda ni...nanti saya cerita sedikit pasal benda ni dan macam mana nak guna...





Ni lah contoh kolam organik...diserikan dengan pokok keladi bunting...


Business card buat sendiri...siap laminate lagi, baru le susah nak rosak...boleh simpan lama...kalau nak buang pun takpe gak sebab nanti orang lain kutip pulak...secara tak langsung, promote le kat orang kutip tu pulak...tup-tup orang tu nak bela keli jugak...dah dapat satu lagi business...tak payah buat iklan tv atau iklan surat khabar mahal...wassalam

Saturday, February 28, 2009

Koleksi Gambar Kolam

Kat bawah ni adalah gambar koleksi masa mula-mula memugar tapak projek kami....asalnya tapak ni adalah kawasan ternakan ayam kampung...then jadi projek cabai besar pulak sambil dipayungi oleh pepohon pisang....



Gambar yang last sekali tu adalah kolam pertama kami...4 biji semuanya....masa tu tak masuk ikan lagi..baru dok buat water circulation.

Nanti aku akan post kan lagi ganbar yang terbaru...wassalam....

Sunday, February 22, 2009

Sejarah Bermulanya Projek Kami.

Bidang penternakan keli ni dah bermula lama dah...aku je baru nak bermula...bila dah ada sedikit modal...aku pakat le ngan uncle aku kat kampung...dia pun setuju dengan cadangan ni...jadi kami pun pergi le kursus kat Teratak Afrina,Batu Kurau yang di kendalikan oleh En. Sabri bin Hashim...di situlah bermulanya perjalanan projek ini...

Masa mula2 dulu aku ingat, mudah kot bela keli ni sbb keli ni jenis yang lasak...sangkaan aku meleset...banyak cabaran yang kami hadapi...dengan cara tu kami dapat belajar banyak perkara...kalau setakat pergi kursus,memang tak cukup...pengalaman pun penting jugak...

Kami start projek ni bulan Julai 2008...sekarang dah 8 bulan...alhamdulillah nampaknya sudah ada kemajuan walaupun belum mencapai tahap yang begitu menggalakkan...insya-Allah kami akan berusaha dengan lebih gigih untuk memperkembangkan lagi projek kami ni...

lupa lak nak kenalkan uncle aku...nama dia Mohd Redzuan...orang panggil Wan je...dia ni memang rajin...kolam kami ni banyak dia yang buat...kalau nak harapkan aku, memang takleh harap...boleh le sikit2...maklumlah tak biasa kerja berat...kerja kilang boleh le...hehehe

Ok lah setakat ni...nanti story lagi...banyak lagi nak story...

Wednesday, February 18, 2009

Selamat Datang ke Berchat, Bukit Gantang, Perak.

Assalamu'alaikum.....

Selamat datang kami ucapkan kepada anda yang sudi mengunjungi ke laman blog ini.

Bagi anda yang berminat dalam bidang penternakan keli, kami berharap kita dapat berkongsi dan bertukar maklumat bagi memeriahkan dan memajukan lagi bidang ini.

Semoga anda enjoy melayari blog ini.

Wassalam.